Logo yahoo messeger

Nilai –Cerita Hantu Yahoo messenger menggemparkan satu fakulti apabila seorang pelajar Usim,Mohd Luqman Hakim bin Mohd Saad ,23,FPBU berasa sangat dimalukan setelah ada pihak tertentu menyamar dan mengunakan namanya untuk berintraksi dengan kenalannya di yahoo messeger .Dia (penyamar) menceritakan “segala rahsia” yang direka-reka.Si Penyamar telah memburukkan lagi keadaan apabila mengunakan namanya(luqman) meluahkan perasan kepada seorang pelajar perempuan .

Kejadian ini diketahui beliau apabila seorang rakannya berjumpa dengan beliau beberapa hari selepas insiden penyamaran berlaku. Beliau telah dimaki dan dimarah kerana dituduh mulut laser tak beradap kerana memburuk-burukkan rakannya serta tidak menjawab dengan jelas didalam yahoo messenger bagi soalan yang ditanya . Ini menyebabkan si rakan tidak berpuas hati dan bertanya didalam dewan kuliah selepas kuliah walaupun telah diingatkan lukman (penyamar)supaya tidak bertanya sesuatu pun tentangnya diluar dari yahoo messenger dengan alasan dia tidak akan menjawab apa-apa yang ditanya diluar yahoo messenger.Ini kerana dia malu dan takut segala rahsianya diketahui rakan lelaki yang lain.

Pihak yang menyamar disyaki seorang lelaki dari kalangan pelajar usim yang rapat dengan lukman atau seorang yang pakar dalam IT sehingga boleh memecah masuk kata kunci yahoo messeger dan segaligus menceroboh friensternya dalam waktu yang sama.

Beliau ketika ditemui menyatakan kekesalan beliau terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengunakan namanya untuk tujuan yang dianggap tidak bermoral,


“Saya tak faham kenapa dia(penyamar)mengunakan nama dan email saya untuk berinteraksi dengan pelajar perempuan.Adakah dia nak burukkan nama saya atau dengki dengan saya. Ini merupakan perbuatan yang tidak beretika yang dilakukan oleh seorang cerdik pandai yang ada kelebihan dengan mengambil kesempatan atas orang lain.”katanya.

Beliau menambah “Kenapa dia (penyamar)tidak menggunakan alamat email sendiri untuk berintraksi dengan perempuan dilayar internet kalau betul-betul anak jantan? Kenapa mesti menggunakan alamat email dan nama orang lain untuk berintraksi dalam internet? Buruk sangatkah rupa dia sampai tak sanggup nak mengaku sebagai diri sendiri…Atau takut orang tahu muka dia hitam macam kuali dan perut dia buncit macam dugong atau pun tuan punya badan pendek kurus macam lidi sebab tu guna nama orang lain yang tinggi,”luahnya.

Manakala seorang mangsa penipuan Wan Norazhani Drahman ,24, menyatakan rasa bersalah kerana buruk sangka terhadap luqman disebabkan kritikan panas dari luqman tiruan.

“ Saya betul – betul minta maaf kat luqman sebab mengangap yang bukan-bukan tentang dia. Ini semua disebabkan oleh seorang yang tak betanggungjawab menyalahgunakan kemajuan dan kepintaran yang dimiliki menyebabkan orang lain teraniaya .Dia bukan sifat mahasiswa atau manusia ini sifat biawak yang menganiaya kawan sendiri.Saya sangat tak puas hati dengan orang yang menyamar jadi luqman . Saya geram sangat ngan dia. Kalau dapat mahu je cantas bagi pendek,” katanya dengan nada marah.


Manakala seorang lagi mangsa Maisarah Zainuddin ,23, yang ditemui menyatakan perasaan kecewa terhadap remaja sekarang yang suka mengambil kesempatan atas peluang yang ada tanpa mengira baik dan buruk.

“Saya rasa remaja sekarang dah melampau tahap “gila babi” sampai sanggup menyamar jadi orang dan sebar fitnah yang bukan-bukan. Dahtu, siap kutuk –kutuk orang lagi . Mana perginya maruah remaja sekarang . Lebih –lebih lagi kalau kerja tu mahasiswa yang buat. Rasa bodoh sangat-sangat .Kena balik belajar akhlak kat darjah satu balik rasanya,” luahnya.





asal kejadian manusia

"Pada suatu ketika Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam.Akan tetapi ketika beliau sampai ke bumi, bumi enggan benarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, demi kerana Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan Adam. Kerana ia khuatir kelak Adam jadi maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Kemudian Allah memerintah Malaikat Mikail.Turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, kembali ke hadrat Allah dengan tangan-tangan hampa.

Kemudian Allah menyuruh Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah.Tetapi Israfil pun tidak berdaya mendengar sumpah bumi.Ia kembali ke hadrat Allah dengan tangan hampa juga.
Yang terakhir Allah menyuruh Malaikat Izrail turun ke bumi untuk mengambil tanah.Kata Allah:”Hai Izrail engkaulah kini yang saya tugaskan mengambil tanah.Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimana janganengkau mundur.Katakan bahawa kerjakan atas perintah dari atas namaKu.”

Begitulah setelah Izrail tiba di atas bumi ia berkata:’Hai bumi,ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah.Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini,bererti engkau membantah perintah Allah, dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah bukan?”

Mendengar perkataan Izrail demikian bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya dengan tidak berbuat apa-apa.
Setelah Izrail mengambil beberapa macam tanah,kembalilah dia ke hadrat Allah.
Firman Allah:”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang saya tugaskan untuk mencabut roh manusia.”

Jika demikian hamba khuatir yang hamba ini jadi dibenci anak Adam kerana pekerjaan hamba ini,kata Izrail.

“Tidak” jawab Allah:”Mereka tidak akan memusuhi engkau.” saya yang mengaturnya.Lalu saya jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka.Sebab terbunuh,sebab terbakar sakit dan sebagainya.

Menurut keterangan para Ulamak bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:
1.Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis.
2.Tanah Bukit Tursina.
3.Tanah Iraq.
4.Tanah Aden.
5.Tanah Al-Kautsar.
6.Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.
7.Tanah Paris.
8.Tanah Khurasan.
9.Tanah(Babylon).
10.Tanah India.
11.Tanah Syurga.
12.Tanah Tha’if.

Kata Ibnu Abbas:
1.Kepala Adma dari Tanah Baitul-Muqaddis,kerana di situ berada otak manusia,dan di situlah tempat akal.
2.Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3.Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4.Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5.Mata dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat untuk menarik perhatian.
6.Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanisa-manis.
7.Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8.Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Khurasam,tempat lapar dan haus.
10.Kemaluannya dari tanah Babylon.Disitu tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjurumuskan manusia ke lembah dosa.
11.Tulang dari Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
12.Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan jalan..
13.Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
14.Lidahnya,dari tanah Tha’if tempat mengucap Syahadah,bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Makna cinta

Mmm….cinta!Menurutku ,

Sekalipun cinta telah kuhuraikan dan kujelaskan panjang lebar .

Namun jika cinta kudatanginya ,aku jadi malu pada keterangan ku sendiri .

Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan dengan terang .

Namun tanpa lidah , cinta ternyata lebih terang .

Sementara pena begitu tergesa –gesa menuliskannya.

Kata –kata pecah berkeping –keping apabila sampai kepada cinta .

Dalam menghuraikan cinta , akal terbaring tak berdaya.

Bagaikan keldai terbaring didalam lumpur .

Dan cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.

Saya dapat merasakan bahawa ramai yang belum begitu memahami mengenai fahaman Wahhabi.

Kebanyakan orang awam menyangka bahawa perselisihan golongan Wahhabi dengan golongan ahli sunnah (Al-Asya'irah & Al-Maturidiah) hanya tertumpu di bidang ranting dan furuk syariat semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Namun jika kita membaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi maka kita akan mendapati bahawa perselisihan antara mereka dengan golongan Ahli Sunnah Waljamaah juga bersangkut paut dengan soal akidah. Tidak pernahkah saudara membaca atau terbaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi yang mengharamkan pembelajaran tauhid sifat 20 yang merupakan suatu ilmu yang dipelajari oleh umat Islam yang tinggal di rantau Asia Tenggara bahkan hampir di seluruh dunia Islam?

Tidakkah saudara pernah terbaca buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh Wahhabi yang mendakwa Allah Taala itu tempat-Nya di langit? Jika begitulah pendiriannya dimanakah Allah sebelum penciptaan langit ?? Saudara fikirlah sendiri dengan akal yang waras . Iktikad yang dipegang oleh golongan Wahhabi yang mendakwa bahawa Allah itu wujud dengan memerlukan tempat sudah cukup untuk membuktikan bahawa golongan Wahhabi tergelincir daripada kelompok Ahli Sunnah Waljamaah.

Berbalik kepada soal ranting seperti masalah qunut subuh, tahlil, talqin mayat, baca Yasin malam Jumaat, berzikir dengan kuat selepas solat dan beberapa perkara lain maka hal ini sebenarnya sudah lama diselesaikan oleh ulama-ulama mazhab yang empat. Namun sayangnya golongan Wahhabi mengeruhkan kembali isu ini dengan mendakwa bahawa orang yang melakukan amalan-amalan yang disebutkan itu tadi telah melakukan suatu perkara mungkar dan bidaah yang melayakkan diri mereka dihumban ke dalam neraka!

Orang yang bermazhab Syafie tidak akan marah kepada orang-orang yang tidak berqunut di dalam solat subuh seandainya mereka itu tidak menghukumkan sesat ke atas orang-orang yang melakukan qunut. Apalah sangat orang yang tidak berqunut jika dibandingkan dengan orang yang langsung tidak menunaikan solat subuh. Selama ini pun orang-orang yang bermazhab Syafie juga mengetahui bahawa sahabat-sahabat mereka yang bermazhab Hanafi tidak membaca doa qunut di dalam solat subuh.

Namun demikian tidak timbul sebarang perselisihan di antara mereka disebabkan sahabat-sahabat mereka yang bermazhab Hanafi tersebut tidak pernah menghukumkan sesat ke atas saudara-saudara mereka yang bermazhab Syafie yang membaca doa qunut sewaktu solat subuh. Ini jauh berbeza dengan sikap dan tindakan golongan Wahabi yang menuduh orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka sebagai ahli bidaah.

Oleh itu sewajarnya pihak berkuasa agama seperti Jakim menjelaskan kepada umat Islam tentang bahaya fahaman Wahhabi ini kerana ia sememangnya suatu fahaman yang boleh memusnahkan perpaduan umat Islam, sekali gus membahayakan negara Islam itu sendiri.

;;

IbnuTurab Video

Wanita