Logo yahoo messeger

Nilai –Cerita Hantu Yahoo messenger menggemparkan satu fakulti apabila seorang pelajar Usim,Mohd Luqman Hakim bin Mohd Saad ,23,FPBU berasa sangat dimalukan setelah ada pihak tertentu menyamar dan mengunakan namanya untuk berintraksi dengan kenalannya di yahoo messeger .Dia (penyamar) menceritakan “segala rahsia” yang direka-reka.Si Penyamar telah memburukkan lagi keadaan apabila mengunakan namanya(luqman) meluahkan perasan kepada seorang pelajar perempuan .

Kejadian ini diketahui beliau apabila seorang rakannya berjumpa dengan beliau beberapa hari selepas insiden penyamaran berlaku. Beliau telah dimaki dan dimarah kerana dituduh mulut laser tak beradap kerana memburuk-burukkan rakannya serta tidak menjawab dengan jelas didalam yahoo messenger bagi soalan yang ditanya . Ini menyebabkan si rakan tidak berpuas hati dan bertanya didalam dewan kuliah selepas kuliah walaupun telah diingatkan lukman (penyamar)supaya tidak bertanya sesuatu pun tentangnya diluar dari yahoo messenger dengan alasan dia tidak akan menjawab apa-apa yang ditanya diluar yahoo messenger.Ini kerana dia malu dan takut segala rahsianya diketahui rakan lelaki yang lain.

Pihak yang menyamar disyaki seorang lelaki dari kalangan pelajar usim yang rapat dengan lukman atau seorang yang pakar dalam IT sehingga boleh memecah masuk kata kunci yahoo messeger dan segaligus menceroboh friensternya dalam waktu yang sama.

Beliau ketika ditemui menyatakan kekesalan beliau terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengunakan namanya untuk tujuan yang dianggap tidak bermoral,


“Saya tak faham kenapa dia(penyamar)mengunakan nama dan email saya untuk berinteraksi dengan pelajar perempuan.Adakah dia nak burukkan nama saya atau dengki dengan saya. Ini merupakan perbuatan yang tidak beretika yang dilakukan oleh seorang cerdik pandai yang ada kelebihan dengan mengambil kesempatan atas orang lain.”katanya.

Beliau menambah “Kenapa dia (penyamar)tidak menggunakan alamat email sendiri untuk berintraksi dengan perempuan dilayar internet kalau betul-betul anak jantan? Kenapa mesti menggunakan alamat email dan nama orang lain untuk berintraksi dalam internet? Buruk sangatkah rupa dia sampai tak sanggup nak mengaku sebagai diri sendiri…Atau takut orang tahu muka dia hitam macam kuali dan perut dia buncit macam dugong atau pun tuan punya badan pendek kurus macam lidi sebab tu guna nama orang lain yang tinggi,”luahnya.

Manakala seorang mangsa penipuan Wan Norazhani Drahman ,24, menyatakan rasa bersalah kerana buruk sangka terhadap luqman disebabkan kritikan panas dari luqman tiruan.

“ Saya betul – betul minta maaf kat luqman sebab mengangap yang bukan-bukan tentang dia. Ini semua disebabkan oleh seorang yang tak betanggungjawab menyalahgunakan kemajuan dan kepintaran yang dimiliki menyebabkan orang lain teraniaya .Dia bukan sifat mahasiswa atau manusia ini sifat biawak yang menganiaya kawan sendiri.Saya sangat tak puas hati dengan orang yang menyamar jadi luqman . Saya geram sangat ngan dia. Kalau dapat mahu je cantas bagi pendek,” katanya dengan nada marah.


Manakala seorang lagi mangsa Maisarah Zainuddin ,23, yang ditemui menyatakan perasaan kecewa terhadap remaja sekarang yang suka mengambil kesempatan atas peluang yang ada tanpa mengira baik dan buruk.

“Saya rasa remaja sekarang dah melampau tahap “gila babi” sampai sanggup menyamar jadi orang dan sebar fitnah yang bukan-bukan. Dahtu, siap kutuk –kutuk orang lagi . Mana perginya maruah remaja sekarang . Lebih –lebih lagi kalau kerja tu mahasiswa yang buat. Rasa bodoh sangat-sangat .Kena balik belajar akhlak kat darjah satu balik rasanya,” luahnya.




10 comments:

fida said...

aku rasa memang patut org yg menyamar luqman tu masuk darjah satu balik, belaja akhlak sebabnye dia tu mmg xdok hati perut seumpama hati hok berkarat klu bedah pun belm tentu bleh hilng kesan karat tu.

Aqhuan said...
This comment has been removed by the author.
Aqhuan said...

ish...pelikla kan.ada juga 'manusia' jenis ni.makin maju teknologi,makin kolot pemikiran!..x ad hti & prut lgsung..xgunakn akal sebaiknya.
FENING2..bhadapn dgn 'manusia' jenis ni.

Unknown said...

loni ore dk boikot barang amerika,lepas ni kita pakat boikot orang hak tak dak ati perut ni pulak...

atiqprincess said...

ishk2 tak patut la wt gi2..
org lain yg wt org len yg salh..

Da Great said...

pak lebai hantu FPBU

Hamba said...

orang macam tu bukan kena masuk darjah satu balik. tapi jgn bagi masuk sekolah terus supaya jadi x cerdik. jadi xdpt lah die nk menganiaya orang. Doa2 lah supaya die lembut hati minta maaf kat semua org yang terlibat. kalau x, smpai bila2 hidupnya tidak akan aman. Sakit hati aku jadinye..eeee....!!

KAK JE said...

salam G... sememgnya x patut lh kn org yg menyamar sbg kwn anta bt mcm 2 krn pbutan ini adalah suatu pbuatan yg zalim.

FeiCHa... said...
This comment has been removed by the author.
FeiCHa... said...

mcm2lah ore skrg ni..bda x elok jg yg diorg pilih...ore yg mcm nie rsnya kurang kasih sayang...

IbnuTurab Video

Wanita

"